ULANG TAHUN

Daisypath Happy Birthday tickers

Friday, February 20, 2015

Promosi 'Craft Items' bulan Februari & Mac



Assalamualaikum & selamat malam.


Alhamdulillah, stok baru dah sampai dengan jayanya. Syoknya lahaiiii sampai rasa nak bawa tidoqqqq. Teheeee.


Ok ok. Melalut.

Back to topic. InsyaAllah saya dah berazam nak adakan promosi beberapa 'craft items' setiap bulan.

InsyaAllah.

Mungkin dalam sebulan ada 5 ke 10 barang saya akan buat harga promosi kaw-kaw kasi habis. Bukan apa, cuma nak tolong anda semua untuk dapatkan harga borong walaupun anda membeli dalam kuantiti yang sedikit.

So, lepas ni kena sayang tuan tanah lelebih. Tau! ;)





Berikut adalah craft items yang dalam promosi untuk bulan Februari & Mac;


































Harga seperti yang tetera pada gambar. (Jangan suh duk pm pm harga tau, takmoh takmoh)

Habis besaq dah saya duk bubuh harga.


Amacam??? Best bangetkan harganya.

Ada pearl flatback, shank buttons, wood buttons dan beberapa jenis buttons.


First come, first serve. Kali ini stock habis akan restock cuma harga tak dapat murah macam nie. So, cepat-cepat borong banyak-banyak buat stock.



Berminat boleh email ke fathiahfnd@gmail.com

atau inbox di facebook Snf Craft atau page Snf Craft.



Nak 'fast' respon??? Terus je whatsapp tuan tanah 0133058104 (Fathiah).


Ok, nak sambung jait.


Babai.


*insyaAllah menyusul promosi barang lain untuk bulan April plak, doakan berjaya sebab waktu nie dah ada GST.


Sobssss.



Sekian. Wassalam.

Monday, February 16, 2015

New Stock Coming Soon!!!!



Assalamualaikum & selamat hari Selasa.


Just a quick update. Teheeee! ;)


InsyaAllah beberapa craft items akan sampai minggu ini, ada barang yang restcok dan ada juga stok baru.





Siriusly tazabarrrrr. Zasssssss!!!



Jom cuci mata sat.
















Phewww!!! Cepat-cepatlah sampai ya awak-awak semua, tazabarrrrr nie.



Kalau ikut pada jangkaan Emcik 'Gdex', petang ini insyaAllah sampai. ;)


So, next entri saya akan update ukuran, warna, serta harga.


Ok, babai.

Wassalam.


Promosi Alphabet Buttons


Assalamualaikum.



Phewww! Lama sesangat tak update blog kot. Tiba-tiba malam ni entah datang angin apa nak update blog.


Rindu zaman 'aktif' berblog dulu kot. (Aktif ke?)


Hihihi.

 Fokus pada tajuk. Nak update PROMOSI ALPHABET BUTTONS.


Alhamdulillah stok dah sampai dengan jayanya bulan lepas. Tali kali banyak set-et warna yang baru, set lama banyak dah 'supplier' tak keluarkan. Sebabnya permintaan agak kurang dari pelanggan, jadi set yang warna 'hot-hot' je dikekalkan.


Ok, jommmmm!





SET A 



SET B



SET C



SET D



SET E



SET F



Harga untuk alphabet buttons;

100 pcs RM 28
200 pcs RM 43
500 pcs RM 80
1000 pcs RM 150

*harga TAK TERMASUK POSTAGE







Tapiiiii, tapiiiii, sempena bulan Februari & Mac ini saya nak buat promosi alphabet buttons


Harga dijamin besttt banget.


100 pcs RM 25
200 pcs RM 40
500 pcs RM 70
1000 pcs RM 140

*harga TERMASUK POSTAGE tauuuuu, diulang TERMASUKKK! Cuma Sabah & Sarawak perlu tambah RM 3. ;)



So, kepada yang berminat boleh email ke fathiahfnd@gmail.com / inbox ke facebook Snf Craft atau boleh whatapp & telegram ke 0133058104 (Fathiah)


Sekian, terima kasih. 


Monday, August 19, 2013

Combo pack is back!


Assalamualaikum semuaaa.

Akhirnya combo pack kembali lagi. Lama dah rasanya Snf Craft tak buat combo pack untuk buttons. Jadi, untuk combo pack kali ini ada 6 jenis butang.

Tadaaaaa!

Bestkan? Bestkan?
 

Harga seperti yang tertera pada gamba dan pastinya sangat berbaloi-baloi. Jadi kepada yang berminat boleh terus email fathiahfnd@gmail.com atau boleh inbox di page Snf Craft.

Sekian, wassalam.

Saturday, August 17, 2013

Owlie plushie in the house!


Assalamualaikum dan hai semua.

Actually projek ni buat masa balik teraweh ramadhan lepas. Tiba-tiba datang angin rajin terlebih, balik-balik teraweh terus potong kain langsung mintak mak tolong jahitkan. *maklum lah, I memang fail bab-bab jahit mesin nie* Poor me!

Alhamdulillah, sempatlah dapat siap satu plushie malam tue. Sambung esoknya, alhamdulillah dapatlah empat ekor ketul. Tapi sayang, satu ketul entah macam mana saya potong boleh senget. Haihhh! Memang rezeki bawak peluk tidur jawabnya. 

So, inilah hasilnya. 

 Size : 21 cm x 19 cm

Boleh  request nak letak nama (tambahan RM 5 dan limit 6 huruf)

Berminat boleh email ke fathiahfnd@gmail.com atau inbox di face page Snf Craftilicious.

Sekian, wassalam.



Monday, August 12, 2013

First attempt


Assalamualaikum & hai semua.

Korang semua mesti dalam mood raya lagikan? Ya, saya pun begitu. Alhamdulillah, raya tahun ini semua serba sederhana tapi seronok. 

InsyaAllah esok kedai akan dibuka seperti biasa, tapi hari Selasa & Rabu saya terpaksa tutup semula disebabkan ada urusan keluarga. So, next postage pada hari Khamis insyaAllah.

Ok,back on the track.  Tempahan kali ini pertama kali saya buat, dan dah selamat dipos ke tuannya. Harap-harapnya semoga si penerima berpuas hati dengan hasilnya.


In progress semasa nak siapkan. Inilah meja comel tempat saya menyiapkan segala tempahan anda-anda semua.


Alhamdulillah, inilah hasilnya. 30 pcs felt flower brooch dengan pelbagai warna.
Warna boleh request, tak ada masalah.

Selamat sudah dipos ke tuan empunya, Harapnya semoga si penerima berpuas hati.

Kepada yang berminat nak order boleh terus email ke fathiahfnd@gmail.com atau pm di page fb Snf Craft.

InsyaAllah, 30 pcs ke atas akan dapat special price, kira harga boronglah.

Sekian, wassalam.

Tuesday, August 6, 2013

Aktiviti hujung minggu & cuti sempena Hari Raya Puasa


Assalamualaikum semua.

InsyaAllah, kalau ikut kalender kuda lusa kita semua akan menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Tapi, apa pun kena tunggu pengumuman rasmi esok malam.

Ok, berbalik pada tajuk. 

Hujung minggu lepas akibat dah dijangkiti penyakit 'taktau nak buat apa' dan terlampau teruja dengan dies-dies yang baru maka terjadilah sesuatu yang tak diduga.



Projek "munge-munge" terhasil.

Seronok sangat punye syok gelek punye gelek big shot, sampai 30 pcs terhasil. Sesuatu yang menakjubkan bagi saya. Haha. Sebab saya ini jenis suka buat kerja separuh-separuh. Buat kerja ikut 'mood', ye itulah saya. So, bila 30 pcs munge-munge memang feel lain macam. Seronok tak terkira. Terima kasih big shot sebab memudahkan kerja saya.

InsyaAllah, lepas raya ini saya akan upload munge-munge ni dekat page Snf Craft. 

Untuk makluman, Snf Craft dah pun mula bercuti bermula 4 Ogos yang lepas sehingga diberitahu kelak. InsyaAllah,tak lama pun cuti. Sebab tangan ni pun macam dah gatal-gatal nak menggelek bagai. teheeee. *____^ 

Dikesempatan nak raya nie, saya selaku tuan tanah Snf Craftilicious ingin memohon ampun & maaf atas segala salah & silap saya kepada pelanggan-pelangan tersayang. Kot-kot kalau ada yang terkurang, terlewat, tak puas hati, servis kureng dan lain-lain lagi mohon ampun beribu ampun. InsyaAllah saya akan cuba perbaiki dari semasa ke semasa segala kelemahan sebelum-sebelum. Sekiranya ada pelanggan yang saya terlupa nak 'refund' balance anda boleh email saya ya untuk ingatkan ya. Sebab kadang-kadang saya terlepas pandang. Walaupun seposen dua, mohon sangat-sangat untuk anda email kepada saya supaya boleh pulangkan baki anda semula. 

'Ala kulli hal, minal aidil wal faizin. Taqabbalallahu minna wa minkum.

Salam Aidil Fitri.

*p/s : kepada yang pulang ke kampung, berhati di jalan raya. Pandu cermat jiwa pun selamat. 

Peaceeee! 

Wassalam.