ULANG TAHUN

Daisypath Happy Birthday tickers

Thursday, May 17, 2012

Himpunan Jutaan Belia 2012

As Salam everyone.

Just a quick update.

Banyak sangat entri yang tertangguh. InsyaAllah akan diupdate dari semasa ke masa.

Sebab sekarang memang dah tak cukup nafas nak siapkan stok sempena Himpunan Jutaan Belia 2012 pada 23 hingga 27 Mei nanti. Block siap-siap tarikh itu ya! :)


Banner sempena Himpunan Jutaan Belia 2012

Actually, ini adalah pertama kali Snf Craft buka gerai jualan. Tak agak-agak terus redah event besar. Haha. Sebab memang dah lama mengidam nak bukak booth nie. Cuma, baru sekarang tercapai hasratnya.

InsyaAllah booth Snf Craft akan dibuka di Lorong Seni, Presint 4, Putrajaya bersebelahan dengan Menara Kementerian Belia dan Sukan (KBS). Kemungkinan akan ada 50 booth akan dibuka di Lorong Seni nanti. Memang boleh bikin "havoc"lah.

Di samping itu, Snf Craft juga akan selitkan beberapa aktiviti untuk pengunjung yang hadir. Yang pasti berkaitan dengan kraflah. InsyaAllah, untuk aktiviti ini masih lagi dalam perancangan.

Apapun doakan agar semua berjalan dengan lancar.Dah alang-alang tue, Snf Craft nak menjemput semua, terutama sekali para belia untuk datang beramai-ramai (bawa keluarga, kawan-kawan, rombongan Cik Kiah ke) ke Himpunan Jutaan Belia 2012. Memang rugi sangat kalau tak datang, sebab memang banyak acara menarik yang akan dijalankan sepanjang 5 hari nanti.

Sekian, wassalam.




No comments:

Post a Comment