ULANG TAHUN

Daisypath Happy Birthday tickers

Friday, July 20, 2012

Ramadhan Kareem.

Salam.

Alhamdulillah, bulan ramadhan tiba. Bersyukur sangat-sangat ke hadrat Ilahi kerana dipanjangkan usia bagi menikmati bulan ramadhan pada tahun 1433 Hijrah ini. 


Dikesempatan ini, Snf Craftilicious juga ingin mengucapkan kepada semua umat Islam selamat menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak 1433 Hijrah. Puasa jangan tak puasa, melainkan dengan sebab-sebab tertentu sahaja. *tettttttt* :)

Kalau boleh, sepanjang bulan ramadhan ini saya nak kurangkan sedikit aktiviti menjahit. Almaklumlah, bulan ramadhan ni pun datang setahun sekali. Jadi, waktu-waktu beginilah kena berebut-rebut melakukan ibadah sebanyak mungkin. 

Macam-macam azam yang dah disemat dalam hati untuk ramadhan kali ini. Insya Allah, moga-moga Tuhan permudahakan. 

Sebelum terlupa sempena bulan ramadhan ini, tempahan hanya akan diterima dalam dua minggu pertama sahaja bermula 21/7/2012 hingga 3/8/2012. Selepas itu, saya tutup buat sementara waktu bagi memberi ruang untuk bernafas sedikit (untuk 10 malam akhir dan raya,raya dan raya). Insya Allah selepas raya nanti  tempahan akan dibuka semula seperti biasa sehingga diberithahu kelak. Jadi, kepada sesiapa yang berminat untuk membuat tempahan boleh pm/inbox saya di facebook atau email ke fathiahfnd@gmail.com secepat mungkin sebelum dua minggu terakhir bulan ramdhan. Selepas dari tarikh itu, tempahan anda akan dapat lepas saya habis cuti raya nanti. 

Sekian.

Wassalam.


No comments:

Post a Comment