ULANG TAHUN

Daisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, November 28, 2012

Tempahan dari Dila


Assalamualaikum and a very good morning everyone.

Pagi-pagi dah ada mood nak update. Jadi, mari langsaikan segala hutang entri yang tertangguh sekian lama.

Kali ini tempahan dari kawan masa diploma dulu, Dila. Ini sebagai hadiah untuk anak-anak murid, satu kelas dia bagi.

Taraaaaa.

Penanda buku menanti siap seorang + nama sekali.  

 35 pcs penanda buku siap di pack dah selamat diberi kepada tuannya.

 Ok, mai tengok pattern yang ada dalam bungkusan.


  
Untuk pelajar perempuan saya buatkan bentuk love dan rama-rama. Untuk pelajar lelaki saya buatkan keropi dan juga bentuk baju. (ok perhatikan dekat baju tue, nampak tak berapa nak hemsem) nampak macam tak ada 'feel' haha. Then, saya bukak dan buat yang lain.


Maka, jadilah seperti di atas. Baru nampak menawan sikit. Haha. Tak adalah keding sangat macam dekat atas tadi. Ok, macam biasa terima kasih kepada tuan penasihat (omak den) yang tolong touch up kasi cantik sikit. 

Love is in the air....lalalalala..... 

 Keropi berupa sekor katak comeyyyy.

Yang rerama terlupa plak nak snap secara close-up. 

Apa pun alhamdulillah, tuannya sangat berpuas dengan hasilnya. Samalah dengan anak-anak murid kawan saya nie. Biasalah, budak-budak memang suka warna-warni.

Ok, kalau berminat boleh pm/inbox di fb Snf Craftilicious atau terus email ke fathiahfnd@gmail.com.

Sekian untuk kali ini.

Wassalam.

p/s : sedikit makluman, sempena kedatangan bulan Disember 2012 saya akan buat YES (year end sale) selama sebulan dan ada projek baikkk punya menanti. Doakan semuanya berjalan lancar ya kawan-kawan. Rasa belum sampai masa lagi kot nak 'publish'. In shaa Allah coming soon. 

Ok, bai.


No comments:

Post a Comment