ULANG TAHUN

Daisypath Happy Birthday tickers
Showing posts with label bantal. Show all posts
Showing posts with label bantal. Show all posts

Friday, November 30, 2012

Bantal + keychain in one set


Assalamualaikum everyone.

 Just a quick update. Sebab dah tengah malam baru ade 'mood' nak buat  entri.

Ini kali pertama buat bantal bentuk 'LOVE'. 

Alhamdulillah, ini hasilnya. 

 bantal saiz A4
lebar : 28 cm
tinggi : 21 cm 
(lebih kurang)
Yang key chain standard saiz. 

 Bila dah siap dibungkus tantek-tantekkk. 
Sebab tempahan ini akan terus dihantar kepada si penerima.

Dah selamat sampai, dan si penempah amat berpuas hati. Terima kasih daun keladi.

Kalau ada yang berminat nak tempah, boleh ke facebook Snf Craftilicious atau inbox ke fathiahfnd@gmail.com.

Sekian, wassalam. 


Wednesday, November 28, 2012

Hadiah untuk BFF

Assalamualaikum.

Tetiba datang 'mood' rajin nak terupdate blog. Setelah berkurun sampai dah bersawang tak update.

Memang betul orang cakap, nak istiqamah memang payah. Macam-mcam dugaan, haha.
Alasan-alasan je tuhhh! *dush dush*

Ok. Kali ini nak update hadiah untuk sahabat baik sempena majlis kawen + birthday + hadiah konvo. (gila terror buat 3 pakej sekali dalam 1).

Untuk hadiah konvo + birthday saya hadiahkan frame.
 2 + 1 frame
(untuk konvo sekalikan dengan birthday)
Jimat + cermat. :D


Pandangan dari sisi.

Ok, kemudian hadiah kawen yang tertunda nak bagi. Dari hari tue dah berniat nak bagi, tapi tak terbuat-buat. Akhirnya siap jugakkkk.

Tak kesah lah lambat pun. Hihihi.

Love love pillow
Saiz A4 : lebar 28 cm x 21 cm

  Ini untuk close-up leboh sikit.
100% handmade yeppp.


 Ok, harga bermula dari RM 30 dan ke atas (bergantung kepada aksesori dan wording). Lagi banyak, lagi bertambah harga ya.

Kalau berminat boleh inbox/pm di facebook Snf Craftilicious atau boleh email ke fathiahfnd@gmail.com.

Sekian.

Wassalam. 

Thursday, August 16, 2012

tempahan dari Eyta


tempahan dari Eyta, dan dah selamat dipos ke negeri bawah bayu. Harap-harapnya tuan empunya "hepi". 


Bantal dari wool felt. :)
Saiz sebesar A4.

Dan juga frame. :)

Terima kasih daun keladi. 

Next entri. :)

Monday, August 13, 2012

tempahan dari Kak Nazirah

Assalamualaikum. 

Phewwww! Lebih kurang seminggu je lagi nak raya. The best thing is, tahun nie tak ada baju raya. Dan saya rasa sangat 'cool' plak bila tak ada baju raya. Tak yah pening-pening nak fikir. Settle!!!  Recycle apa yang ada. :D 

Kali ini tempahan dari Kak Nazirah untuk anak buahnya. Jom, cekidaut! 


bantal angry bird.
Size : sebesar A4

Thanks kak. 
berminat boleh email ke fathiahfnd@gmail.com.

Wassalam.

Thursday, July 26, 2012

tempahan dari Nur Fatihah




Assalamualaikum w.b.t.

Pejam celik pejam celik dah nak masuk seminggu kita berpuasa. Macam mimpi pun ada. :)

So,entri kali ini tempahan dari Nur Fatihah, dari Terengganu.


bantal yang ditempah.

Actually, ramai betul yang berkenan bantal warna biru ini. Disebabkan bantal ini untuk lelaki, jadi saya tak letak flower-flower untuk coraknya, cuma lebihkan butang. 

Terima kasih daun keladi, kalau berminat jangan segan-segan nak order lagi. 

Tammat. 
Wassalam.

Monday, July 23, 2012

tempahan dari Samihah


Salam pepps. 

Alhamdulillah,dah nak masuk hari keempat berpuasa. Sekejap benor rase. Alhamdulillah, sempena bulan Ramadhan ini rezeki tak pututs-putus. Sampai hati dah gundah gulana sempat ke tak nak siapkan sebelum raya. keke. 


Bantal di bawah adalah tempahan Cik Samihah untuk sahabatnya sempena hadiah hari lahir, diharapkan si penerima gembira dengan bantal ini.



Terima kasih Samihah Zaki. Berminat? Boleh email ke fathiahfnd@gmail.com

Wassalam.

Friday, June 1, 2012

order dari Salwa

Entri kontot-kontot ketiga.

Ini tempahan dari kawan masa diploma juga. Thank you Cik Salwa.

Cik Salwa order 1 set bantal couple, 1 pcs bantal dan 3 pcs key chain kereta. 

Bantal couple 1

Bantal couple 2 

Bantal ke 3. 


key chain kereta (depan)

bahagian belakang 

1 lagi kereta (tertinggal nak amek gambar sekali)

bahagian belakang.


Itu sahaja.

Ok, bye.
Wassalam.





Tuesday, May 1, 2012

Hadiah istimewa untuk mempelai


Assalamualaikum semua.



Ini percubaan pertama saya membuat bantal. Gagah juga nak siapkan, sebab dah berniat nak bagi as a wedding gift untuk teman masa diploma. 

Congrats to both of u. :D

Macam mimpi pulak dah reti buat bantal. Usaha tangga eskelator kan? Haha. 

Alhamdulillah, terima kasih banyak-banyak juga dekat emak saya sebab banyak menyumbangkan idea-idea yang bernas. 

Jadi, saya dah berani untuk menerima tempahan bantal. 

Anda berani tak nak tempah? Mari, mari, mari. 

Dengan izin Allah, saya akan bagi sehabis baik punyaaaaa. 

Sekian, wassalam.