ULANG TAHUN

Daisypath Happy Birthday tickers
Showing posts with label rambling. Show all posts
Showing posts with label rambling. Show all posts

Saturday, August 17, 2013

Owlie plushie in the house!


Assalamualaikum dan hai semua.

Actually projek ni buat masa balik teraweh ramadhan lepas. Tiba-tiba datang angin rajin terlebih, balik-balik teraweh terus potong kain langsung mintak mak tolong jahitkan. *maklum lah, I memang fail bab-bab jahit mesin nie* Poor me!

Alhamdulillah, sempatlah dapat siap satu plushie malam tue. Sambung esoknya, alhamdulillah dapatlah empat ekor ketul. Tapi sayang, satu ketul entah macam mana saya potong boleh senget. Haihhh! Memang rezeki bawak peluk tidur jawabnya. 

So, inilah hasilnya. 

 Size : 21 cm x 19 cm

Boleh  request nak letak nama (tambahan RM 5 dan limit 6 huruf)

Berminat boleh email ke fathiahfnd@gmail.com atau inbox di face page Snf Craftilicious.

Sekian, wassalam.



Tuesday, August 6, 2013

Aktiviti hujung minggu & cuti sempena Hari Raya Puasa


Assalamualaikum semua.

InsyaAllah, kalau ikut kalender kuda lusa kita semua akan menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Tapi, apa pun kena tunggu pengumuman rasmi esok malam.

Ok, berbalik pada tajuk. 

Hujung minggu lepas akibat dah dijangkiti penyakit 'taktau nak buat apa' dan terlampau teruja dengan dies-dies yang baru maka terjadilah sesuatu yang tak diduga.



Projek "munge-munge" terhasil.

Seronok sangat punye syok gelek punye gelek big shot, sampai 30 pcs terhasil. Sesuatu yang menakjubkan bagi saya. Haha. Sebab saya ini jenis suka buat kerja separuh-separuh. Buat kerja ikut 'mood', ye itulah saya. So, bila 30 pcs munge-munge memang feel lain macam. Seronok tak terkira. Terima kasih big shot sebab memudahkan kerja saya.

InsyaAllah, lepas raya ini saya akan upload munge-munge ni dekat page Snf Craft. 

Untuk makluman, Snf Craft dah pun mula bercuti bermula 4 Ogos yang lepas sehingga diberitahu kelak. InsyaAllah,tak lama pun cuti. Sebab tangan ni pun macam dah gatal-gatal nak menggelek bagai. teheeee. *____^ 

Dikesempatan nak raya nie, saya selaku tuan tanah Snf Craftilicious ingin memohon ampun & maaf atas segala salah & silap saya kepada pelanggan-pelangan tersayang. Kot-kot kalau ada yang terkurang, terlewat, tak puas hati, servis kureng dan lain-lain lagi mohon ampun beribu ampun. InsyaAllah saya akan cuba perbaiki dari semasa ke semasa segala kelemahan sebelum-sebelum. Sekiranya ada pelanggan yang saya terlupa nak 'refund' balance anda boleh email saya ya untuk ingatkan ya. Sebab kadang-kadang saya terlepas pandang. Walaupun seposen dua, mohon sangat-sangat untuk anda email kepada saya supaya boleh pulangkan baki anda semula. 

'Ala kulli hal, minal aidil wal faizin. Taqabbalallahu minna wa minkum.

Salam Aidil Fitri.

*p/s : kepada yang pulang ke kampung, berhati di jalan raya. Pandu cermat jiwa pun selamat. 

Peaceeee! 

Wassalam.  

Saturday, December 15, 2012

Sweet owlie couple


Salam dan hi semua.

Tiba-tiba mimpi mr. & mrs. owlie. Maka terhasillah mereka secara berpasangan. teheeeee.



 Satu dah selamat terbang dan satu lagi nak simpan, 

Tapi kalau ada bermiant saya boleh restocked. No worries. 

Saiz 15 cm x 10 cm. Besar ya, dan sesuai untuk dijadikan car charm (gantung kt cermin depan kereta).

Sekiranya berminat boleh email/fb/whats app sy.

Mekaseh. 

Eh! Hari ini tarikh sangat cantikkan 1/2/34 (1 Safar 1434 H). ;) 

psssttt! Malam ini akan adakan Mini GA tau tau tau. Jemput anda semua ke official page Snf Craftilicious ya. 

Sekian, wassalam. 
  

Friday, December 7, 2012

Snf Craftilicious mengadakan YES 2012


Assalamualaikum semua.

Selamat hari Sabtu dan selamat berhujung minggu.

Ok, sempena dah nak akhir tahun ni of courselah akan ada YES (Year End Sale) sana-sini. Even, Snf Craftilicious pun tak terkecuali nak buat YES sebab nak habiskan stok dan nak order stock baru for next year.

So, YES ni sudah pun bermula 4 hari lepas (4 Disember) yang lalu sehingga 28 Disember 2012 nanti sempena besday saya tue nanti. So, senang nak ingat. Ehem3. 

  
Untuk YES ini barang sangat terhad. So, saya mengamalkan konsep siapa cepat dia dapat. Nak booking,boleh tapi jangan lama-lama. Kesian dekat orang yang lebih memerlukan. 1st. 1st. serve ya semua. 


 So, ini adalah sebahagian item (raw material) yang saya buat untuk YES kali ini. Ada juga gg ribbon dan lain-lain. For more info, do visit here.

Have a blast weekend everyone!!! Ok, hari ini saya totally free. So, mood nak berbantal-bantal dan ber'wedding guest book' hari ini. Doa-doa moga dipermudahkan dan idea mencurah-curah ke ladang gandum.

Wassalam. 

Thursday, October 25, 2012

Selamat Hari Raya Aidil Adha & 1st GA dari Snf Craft

Salam semua.

Insha Allah kita akan menyambut Hari Raya Aidil Adha, jadi dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha. Kepada yang pulang ke kampung halaman, "berhati-hati di jalan raya". Semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju.

Ok, disebabkan LIKE susah menecah 2000 orang saya berbesar hati untuk mengadakan 1st GA sebagai penghargaan kepada mereka yang sudi "LIKE" serta pelanggan kesayangan yang sudisabar untuk berurus niaga dengan Snf Craftilicious. *eceh* 


Ok, ini masuk bab 1st GA dari Snf Craftilicious.

1st Giveaway ini akan bermula dari 25/10/2012 hingga 31/10/2012 ( selama1 minggu). Syarat-syaratnya amat mudah sahaja.


1) Mula-mula, perlulah LIKE page Snf Craftilicious.
2) Share gambar "1st Giveaway" ini.
3) Kemudian, jangan lupa komen pada gambar ya. *Bukan apa, takut saya terlepas pandang*
4) Selesai!
5) Anda yang mengikut syarat-syarat di atas berpeluang untuk memenangi 1st GIveaway dari Snf Craftilicious kali ini. 

*Ok, sebelum itu sila pastikan SHARE anda diPUBLICkan ya. Untuk pastikan anda mengikut syarat-syarat yang ditetapkan. Pemenang pula akan diumumkan pada 1/11/2012.

Mudah bukan? So, apa lagi. Jangan malu dan segan-segan untuk join 1st Giveaway ini. Hehe.

Selamat Hari Raya Aidil Adha, dan insha Allah saya akan pulang ke kampung malam nanti. Kedai akan ditutup selama 3 hari bermula esok 26/10/2012 hingga 28/10/2012. Isnin akan beroperasi seperti biasa. 

Terima kasih daun keladi semua. 

Sekian, wassalam. 

Friday, August 24, 2012

Selamat Hari Raya


Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Mohon maaf zahir & batin kepada semua terutama kepada semua pelanggan-pelanggan kesayangan sekalian.

Terima kasih atas sokongan serta kepercayaan yang diberikan kepada Snf Craftilicious. 


Sekian.


*gambar sekeluarga di pagi raya* Saya berbaju dan bertudung pink lembut gituuuu! Baju recycle yang chantik lagi menawan. :D


Friday, July 20, 2012

Ramadhan Kareem.

Salam.

Alhamdulillah, bulan ramadhan tiba. Bersyukur sangat-sangat ke hadrat Ilahi kerana dipanjangkan usia bagi menikmati bulan ramadhan pada tahun 1433 Hijrah ini. 


Dikesempatan ini, Snf Craftilicious juga ingin mengucapkan kepada semua umat Islam selamat menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak 1433 Hijrah. Puasa jangan tak puasa, melainkan dengan sebab-sebab tertentu sahaja. *tettttttt* :)

Kalau boleh, sepanjang bulan ramadhan ini saya nak kurangkan sedikit aktiviti menjahit. Almaklumlah, bulan ramadhan ni pun datang setahun sekali. Jadi, waktu-waktu beginilah kena berebut-rebut melakukan ibadah sebanyak mungkin. 

Macam-macam azam yang dah disemat dalam hati untuk ramadhan kali ini. Insya Allah, moga-moga Tuhan permudahakan. 

Sebelum terlupa sempena bulan ramadhan ini, tempahan hanya akan diterima dalam dua minggu pertama sahaja bermula 21/7/2012 hingga 3/8/2012. Selepas itu, saya tutup buat sementara waktu bagi memberi ruang untuk bernafas sedikit (untuk 10 malam akhir dan raya,raya dan raya). Insya Allah selepas raya nanti  tempahan akan dibuka semula seperti biasa sehingga diberithahu kelak. Jadi, kepada sesiapa yang berminat untuk membuat tempahan boleh pm/inbox saya di facebook atau email ke fathiahfnd@gmail.com secepat mungkin sebelum dua minggu terakhir bulan ramdhan. Selepas dari tarikh itu, tempahan anda akan dapat lepas saya habis cuti raya nanti. 

Sekian.

Wassalam.


Monday, July 9, 2012

Snf Craftilicious dalam Safiyya pulerrrr.


As Salam semua.

Alhamdulillah syukr sangat-sangat diberi peluang untuk muncul dalam rancangan 'Safiyya TV9'. Rasa terharu sangat sebab Snf Craftilicious nie baru je setahun jagung. Alhamdulillah, itulah rezeki orang kata. Terima kasih kepada yang sudi menonton.Terima kasih banyak-banyak atas sokongan dan doa anda semua.

Tanpa anda siapalah Snf Craftilicious.
Hehe. :D


Sempat 'snap' sebelum shooting. :D 

Sekian, tammat. 


Sunday, January 1, 2012

SELAMAT TAHUN 2012


Salam semua. 






Azam memang banyak. 

Yang pasti, kalau boleh biarlah lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.


Happy new year everyone! Enjoy ur holiday.

Friday, October 28, 2011

inilah yang aku cari selama ini.

letih. perih. jerih.

dah berkurun lama aku perhati dari jauh. sekadar memendam di dalam hati. hari-hari sebelum tido aku monolog sendiri, "bilalah aku boleh dapat". hari-hari kot. bantal busuk aku pun nek nyampah dengar. duhai hati,bersabarlah. insyaAllah, ade hikmah setiap apa yang berlaku. (ayat sedapkan hati)

sirius. hari-hari aku menanti dengan penuh sabar. berharap semoga esok, dia datang dekat aku. tapi, hari-hari yang aku lalui hampa belaka. cisssssss!

beberapa bulan berlalu.

di suatu hari yang hening, tiba hati aku tersentak. "kali ini mmg aku kene 'fight'. apa pun terjadi, aku mesti dapatkan dia".


mesti. pasti. harus yakin pada diri sendiri.


akhirnyaaaaaaaaaaaaaa!!!! tadaaaaaaaa...

"
"
"
"
"
"
"













dan bertukar menjadi!!!!!



















sirius! memang sangat-sangat teruja. 

ahai! nak menjahit pun makin semangat. 
tp apakan daya. pelajaran melebihi segala-galanya.
terpaksa lupakan aktiviti menjahit seketika.
nak bagi laluan pada tesis dan assignment yang segala bagai.

selamat menyerabutkan otak. 

wassalam. 

Sunday, February 20, 2011

Pertama-tama

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

owh,hai! nama Fathiah Afandi. Tapi, anda boleh panggil saja saya 'thiah'.

Sebenarnya,ini kali kedua untuk aktif ber'blog'. sebelum ini ada juga, tapi biasalah asek bermalasan mahu 'update'. Jadi terabai begitu saja. 

Sejak dua menjak tiga menjak ni,saya amatlah terlampau obses dengan 'handmade craft', rasa macam satu kepuasan bila dapat buat 'handmade craft' nie.

Dalam blog ini, semua tentang 'handmade craft' serta sampingan-sampingan yang lain.

Aku rase,memang tak ada kot yang nak baca blog aku nie,but it's ok.

Syok sendiri pun tak mengapalah. 

so, stay tuned for the next entry!