ULANG TAHUN

Daisypath Happy Birthday tickers

Friday, August 2, 2013

Button yang dah direstock.


Assalamualaikum semua.

Pejam celik, pejam celik tak sampai seminggu saja lagi nak raya. Persiapan raya untuk tahun ini semua serba sederhana. Alhamdulillah.

Ok, ada beberapa buttons dah berbulan kehabisan stock saya dah restock ya. Antaranya;

mickey buttons

apple buttons

flower buttons

candy buttons


Actually ada beberapa barang baru lagi yang nak masuk. Tapi mood nak ambil gambar dah ke laut, sebab dah nak raya agaknya. Nanti dah puas raya sakan & makan biskut raya sampai kembung perut, saya upload ya. Terima kasih kerana memahami.

Ok, untuk harga boleh ke page Snf Craft, dan klik pada album buttons.

Pppsssstttttttttt!!!!

*Saya dah hampir 7 bulan tak hapdate belog. Tak tau kenapa perangai 'M' makin teruk bebenor. Moga-moga lepas ini akan terus istiqmah untuk hapdate blog. InsyaAllah
* Banyak sungguh hutang entri nie. Tak mengapalah, saya buat slow-slow, lama-lama selesailah. Mudah-mudahan

Sekian, wassalam.


Tuesday, December 18, 2012

Mini GA Snf Craftilicious


Assalamualaikum and hi semua.

Mini Ga dari Snf Craftilicious dah pun bermula. Jom ramai-ramai pakat join tau? tau?


Ini hadiah untuk pemenang bertuah nanti. :D

In shaa Allah pemenang akan diumukan pada tahun baru 2013 nanti. 

Untuk terma & syarat penyertaan boleh ke facebook Snf Craftilicious.

All the best untuk semua.

Sekian, wassalam.

p/s : Esok kami akan berada di Menara MPAJ, Pandan Indah. Jadi, kepada yang tinggal berhampiran jemput datang ya. 

  

Saturday, December 15, 2012

Sweet owlie couple


Salam dan hi semua.

Tiba-tiba mimpi mr. & mrs. owlie. Maka terhasillah mereka secara berpasangan. teheeeee.



 Satu dah selamat terbang dan satu lagi nak simpan, 

Tapi kalau ada bermiant saya boleh restocked. No worries. 

Saiz 15 cm x 10 cm. Besar ya, dan sesuai untuk dijadikan car charm (gantung kt cermin depan kereta).

Sekiranya berminat boleh email/fb/whats app sy.

Mekaseh. 

Eh! Hari ini tarikh sangat cantikkan 1/2/34 (1 Safar 1434 H). ;) 

psssttt! Malam ini akan adakan Mini GA tau tau tau. Jemput anda semua ke official page Snf Craftilicious ya. 

Sekian, wassalam. 
  

Friday, December 7, 2012

Snf Craftilicious mengadakan YES 2012


Assalamualaikum semua.

Selamat hari Sabtu dan selamat berhujung minggu.

Ok, sempena dah nak akhir tahun ni of courselah akan ada YES (Year End Sale) sana-sini. Even, Snf Craftilicious pun tak terkecuali nak buat YES sebab nak habiskan stok dan nak order stock baru for next year.

So, YES ni sudah pun bermula 4 hari lepas (4 Disember) yang lalu sehingga 28 Disember 2012 nanti sempena besday saya tue nanti. So, senang nak ingat. Ehem3. 

  
Untuk YES ini barang sangat terhad. So, saya mengamalkan konsep siapa cepat dia dapat. Nak booking,boleh tapi jangan lama-lama. Kesian dekat orang yang lebih memerlukan. 1st. 1st. serve ya semua. 


 So, ini adalah sebahagian item (raw material) yang saya buat untuk YES kali ini. Ada juga gg ribbon dan lain-lain. For more info, do visit here.

Have a blast weekend everyone!!! Ok, hari ini saya totally free. So, mood nak berbantal-bantal dan ber'wedding guest book' hari ini. Doa-doa moga dipermudahkan dan idea mencurah-curah ke ladang gandum.

Wassalam. 

Sunday, December 2, 2012

Booth di SMI, UniKL Kulim Hi-tech


Assalamualaikum.

Baru nak update walaupun booth ni last month okayyyy.

Actually, sepupu yang study dekat sana. So, dia berhajat nak jual barang-barang 'handmade' saya nie. Alhamdulillah.

Mari tengok antara stok yang sempat saya buat.

ini sebahagian key chain

keropi in colorful version.


 love hp strap.

 donutttt.

 lollipop key chain.

Dan, ini gambar semasa hari kejadian.

Alhamdulillah, terima kasih  daun keladi kepada sepupu saya sebab sudi menjual produk handmade saya nie.

Sekian laporan untuk hari ini.
Wassalam.

Friday, November 30, 2012

Bantal + keychain in one set


Assalamualaikum everyone.

 Just a quick update. Sebab dah tengah malam baru ade 'mood' nak buat  entri.

Ini kali pertama buat bantal bentuk 'LOVE'. 

Alhamdulillah, ini hasilnya. 

 bantal saiz A4
lebar : 28 cm
tinggi : 21 cm 
(lebih kurang)
Yang key chain standard saiz. 

 Bila dah siap dibungkus tantek-tantekkk. 
Sebab tempahan ini akan terus dihantar kepada si penerima.

Dah selamat sampai, dan si penempah amat berpuas hati. Terima kasih daun keladi.

Kalau ada yang berminat nak tempah, boleh ke facebook Snf Craftilicious atau inbox ke fathiahfnd@gmail.com.

Sekian, wassalam. 


Wednesday, November 28, 2012

Tempahan dari Dila


Assalamualaikum and a very good morning everyone.

Pagi-pagi dah ada mood nak update. Jadi, mari langsaikan segala hutang entri yang tertangguh sekian lama.

Kali ini tempahan dari kawan masa diploma dulu, Dila. Ini sebagai hadiah untuk anak-anak murid, satu kelas dia bagi.

Taraaaaa.

Penanda buku menanti siap seorang + nama sekali.  

 35 pcs penanda buku siap di pack dah selamat diberi kepada tuannya.

 Ok, mai tengok pattern yang ada dalam bungkusan.


  
Untuk pelajar perempuan saya buatkan bentuk love dan rama-rama. Untuk pelajar lelaki saya buatkan keropi dan juga bentuk baju. (ok perhatikan dekat baju tue, nampak tak berapa nak hemsem) nampak macam tak ada 'feel' haha. Then, saya bukak dan buat yang lain.


Maka, jadilah seperti di atas. Baru nampak menawan sikit. Haha. Tak adalah keding sangat macam dekat atas tadi. Ok, macam biasa terima kasih kepada tuan penasihat (omak den) yang tolong touch up kasi cantik sikit. 

Love is in the air....lalalalala..... 

 Keropi berupa sekor katak comeyyyy.

Yang rerama terlupa plak nak snap secara close-up. 

Apa pun alhamdulillah, tuannya sangat berpuas dengan hasilnya. Samalah dengan anak-anak murid kawan saya nie. Biasalah, budak-budak memang suka warna-warni.

Ok, kalau berminat boleh pm/inbox di fb Snf Craftilicious atau terus email ke fathiahfnd@gmail.com.

Sekian untuk kali ini.

Wassalam.

p/s : sedikit makluman, sempena kedatangan bulan Disember 2012 saya akan buat YES (year end sale) selama sebulan dan ada projek baikkk punya menanti. Doakan semuanya berjalan lancar ya kawan-kawan. Rasa belum sampai masa lagi kot nak 'publish'. In shaa Allah coming soon. 

Ok, bai.