hari ini,mari kita sama-sama belajar cara untuk membuat felt donut.
Antara barang-barang yang diperlukan :
5 1/2" kertas cupboard / keras ( kalau nak lagi senang anda boleh gunakan CD sebagai ukuran)
* ini untuk bulatan besar
1 1/4" kertas keras ( boleh gunakan penutup botol manik atau butang yang bersaiz bulat dan kecil)
* ini untuk bulatan kecil
1 keping kain felt warna coklat
1 keping kain felt warna pink
manik
benang
jarum
pen
mesin jahit (kalau nak jahit dengan tangan pun boleh)
guntuing
fiber atau kapas atau span yang telah dipotong kecik (untuk isi dalam donut ya)
ini rupanya setelah dilukis atas kain
ikut ukuran yang telah diberikan ya. ;)
dah siap potong, anda boleh jahit mengikut ukuran yang telah dilukis.
(kalau nak jahit guna pun boleh, tak ada masalah. tapi kalau nak lagi kemas gunalah mesin jahit)
tinggalkan dalam 1 inci, supaya senang nak terbalikkan kain ni.
gunting sedikit-sedikit di bahagian tengah seperti gamabar di atas, dalam ukuran 1/4 inci.
jahit di bahagian tengah tersebut, untuk menutup bahagian yang digunting td.
*sila rujuk gambar atas ya
bila dah siap jahit,terbalikkan kain dan masukkan kapas atau fiber.
kemudian, kain felt warna pink tadi, anda bolehlah jahitkan seberapa banyak manik atasnya yang anda suka.
untuk nak bagi donut anda lebih menarik.
Akhir sekali, letakkan felt warna pink di atas felt warna coklat yang dh siap tadi.
* jahitan ikutlah kreativiti anda
Inilah hasilnya, rasa macam nak makan je kan donut nie! =)
Jadi sapa yang berminat, bolehlah mencubanya di rumah atau di mana-manalah.
Sekian.
Sumber gambar dari SINI
No comments:
Post a Comment