ULANG TAHUN

Daisypath Happy Birthday tickers

Friday, March 18, 2011

heart felt tutorial

salam sejahtera.

entri kali ini adalah cara untuk membuat handmade felt craft berbentuk hati atau "heart" dalam bahasa inggerisnya. =)


mula-mula sekali sediakan kertas yang berbentuk "love", anggaran saiznya dalam 2 inci.



kemudian, tekap kertas tadi di atas kain felt, kemudian guntuing kain tersebut ikut ukuran kertas tadi.



ambil benang, dan jahit di bahagian tengah bentuk 'love' yang telah dipotong tadi. ikut kreativiti anda untuk membuat tulisan atau apa sahaja corak.



kemudian, ambil benang merah (lebih gunakan benang yang tebal kemudian 'double' supaya jahitan kelihatan timbul).pintal benang tersebut pada jarum sebanyak tiga kali.lihat gambar di atas untuk lebih jelas


kemudian, jarum tadi dijahit atau dimasukkan pada kain felt tersebut.


lakukan di sekeliling tulisan yang anda jahit tadi.


kemudian, terbalikkan kain felt tadi, dan mulakan jahitan di bahagian hujung kain tersebut.



anda boleh rujuk gambar di atas untuk melihat cara jahitannya.


ulangi jahitan yang sama sehingga menutup bahagian hujung 'love' tersebut.


jangan jahit sehingga habis, tinggalkan dalam 3/4 inci untuk anda masukkan sesuatu dalam 'love' tersebut.


agak-agak dah tinggalkan dalam 3/4 inci, matikan jahitan anda dan gunting benang lebihan.



akhir sekali, inilah hasilnya kawan-kawan.

sangat mudah dan boleh dijadikan hadiah kepada rakan, key- chain, button dan sebagainya.

enjoy!

sekian.

sumber gambar diambil di sini.

1 comment: