salam dan salam sejahtera.
mesti pelik kalau baca tajuk entri tutorial kali ini. tapi tak adalah pelik mana pun, sebenarnya jar pin cushion ini bantal kecil tempat untuk kita cucuk jarum-jarum jahit dan peniti dan bantal itu kita akan lekatkan kt atas penutup botol butang ke, tak pun atas mana-mana penutup botollah.
masih tak dapat bayangkan lagi?
kira macam gambar dekat bawah nilah. ;)
hah! inilah rupanya pin cushion. comel dan senangkan?
antara barang-barang yang diperlukan antaranya :
gunting
riben
kain berisaiz 5 inci berbentuk bulat
benang dan jarum
glue gam (gam tembak)
botol dan penutupnya sekali
polyfill
mula-mula ambil kain yang telah siap diukur tadi, kemudian jahit secara jelujur di hujung kain tersebut.
* rujuk gambar di atas.
kemudian tarik perlahan-lahan kain tadi, serta masukkkan poyfill atau fiber sehingga menyerupai gambar di atas.
bila dah betul-betul penuh dan puas hati, kita punutkan dan tarik benang yang dijahit di kain tadi.
kemudian dah betul-betul ketat, matikan jahitan anda. maka jadilah pin cushion yang comel.
selepas itu, ambil penutup botol dan gamkan di atasnya menggunakan glue gun (gam tembak) untuk lebih kuat dan tak tercabut nanti.
* gam di sekeliling penutup botol ya.
ambil kain yang dah siap di punjut td, dan lekatkan atas penutup botol yang telah digamkan tadi.
untuk nampak lebih kemas, ambil sedikit reben dan tutupkan bahagian antara penutup botol dan cushion yang telah ditampal di atas penutup botol tadi.
lekatkan riben di sekeliling supaya nampak lebih kemas dan cantik.
dan, tadaaaaaaaaaaaaa!!!
inilah hasilnya, senang dan mudah bukan. lepas ini, jarum jahit boleh cucuk je dekat atas pin cushion itu.
selamat mencuba.
=)
untuk pelbagai jenis handmade craft anda boleh klik sini.
No comments:
Post a Comment